Model Pembelajaran Bersepadu

Pembelajaran bersepadu boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara yang unik, secara amnya menggunakan gabungan satu atau lebih daripada model-model berikut.

 icon

Giliran Stesen

Model Giliran Stesen membolehkan pelajar menggilir melalui stesen pada jadual tetap, di mana sekurang-kurangnya salah satu stesen adalah stesen pembelajaran dalam talian. Model ini adalah yang paling biasa di sekolah rendah kerana para guru sudah biasa bergilir dalam "pusat" atau stesen.

 Tonton Video
Giliran Makmal icon

Giliran Makmal

Model Giliran Makmal, seperti Giliran Stesen, membolehkan pelajar menggilir melalui stesen mengikut jadual tetap. Walau bagaimanapun, dalam kes ini, pembelajaran dalam talian berlaku dalam sebuah makmal komputer yang dikhaskan. Model ini membolehkan urusan penjadualan yang fleksibel dengan para guru dan separa professional yang lain, dan membolehkan sekolah untuk menggunakan makmal komputer sedia ada.

 Tonton Video
Giliran Individu icon

Giliran Individu

Model Giliran Individu membolehkan pelajar menggilir melalui stesen, tetapi pada jadual individu yang ditetapkan oleh guru atau algoritma perisian. Tidak seperti model giliran yang lain, pelajar tidak semestinya menggilir setiap stesen; ia hanya menggilir aktiviti-aktiviti yang dijadualkan dalam senarai main mereka.

 Tonton Video
Giliran Individu
Bilik Darjah Dibalikkan icon

Bilik Darjah Dibalikkan

Model Bilik Darjah Dibalikkan membalikkan perhubungan tradisi antara waktu pembelajaran kelas dan kerja rumah. Pelajar-pelajar belajar di rumah melalui kerja kursus dalam talian dan kuliah, dan para guru menggunakan waktu pembelajaran kelas untuk latihan atau projek dengan bimbingan guru. Model ini membolehkan para guru menggunakan waktu pembelajaran kelas lebih daripada menyampaikan kuliah tradisional.

 Tonton Video
Fleks icon

Fleks

Model Fleks membolehkan pelajar meneruskan aliran jadual di antara aktiviti pembelajaran mengikut keperluan mereka. Pembelajaran dalam talian merupakan tulang belakang kepada pembelajaran pelajar dalam model Fleks. Para guru memberikan sokongan dan arahan secara fleksibel, jika diperlukan manakala pelajar belajar melalui kurikulum kursus dan kandungan. Model ini dapat memberikan pelajar kawalan yang tinggi ke atas pembelajaran mereka.

 Tonton Video
Fleks
A La Carte icon

A La Carte

Model A La Carte membolehkan pelajar mengambil kursus dalam talian dengan guru dalam talian sebagai tambahan kepada kursus secara berdepan yang lain, yang sering memberikan pelajar lebih fleksibiliti ke atas jadual mereka. Kursus A La Carte boleh menjadi pilihan yang hebat apabila sekolah tidak dapat menyediakan peluang pembelajaran tertentu, seperti Penempatan Lanjutan atau kursus elektif, menjadikannya salah satu model yang lebih popular di sekolah tinggi bersepadu.

 Tonton Video
Aneka Maya icon

Aneka Maya

Model Aneka Maya adalah alternatif kepada sekolah dalam talian sepenuh masa yang membolehkan pelajar melengkapkan majoriti kerja kursus dalam talian di rumah atau di luar sekolah, tetapi menghadiri sekolah untuk sesi pembelajaran secara berdepan dengan guru seperti yang diperlukan. Tidak seperti Bilik Darjah Dibalikkan, program Aneka Maya biasanya tidak memerlukan kehadiran ke sekolah setiap hari; sesetengah program mungkin hanya menghendaki kehadiran dua kali seminggu, sebagai contoh.

 Tonton Video
Aneka Maya